Thursday, March 5, 2020

Houseboat di Amsterdam

Houseboat di Amsterdam


Tak sangka juga di tengah bandar Amsterdam ini, ada pelabuhan yang menempatkan houseboat. Letaknya berhadapan dengan bangunan Nemo. Kitorang sewa bilik di houseboat yang dinamakan 'Holland' ini untuk 2 malam. Mahal ooiii sewanya... 

Terdapat lebih kurang 2,500 houseboat di bandar Amsterdam. Houseboat yang kitorang sewa tu terletak di kawasan yang bernama Oosterdox.

Janganlah nak membayangkan keselesaan houseboat di situ besar ye... macam di Kashmir.. hahahaaa.. kerana biliknya, ibarat sekangkang kera, nak buka pintu pun ngam ngam jer, letak sebuah katil double decker je dah penuh bilik tu. Bukak pintu bilik air pun dah kena katil. Nak solat pun sangat susah, tak de space.. asik terantuk kepala dan terkial kaki jer...







Dari deck atas houseboat, buka pintu dan turun tangga ke bawah. Di sebelah kiri ini ialah corridor di hadapan bilik.





Amacam.. sempit kan?


Di sebelah kanan pula, turun tangga sikit, sampai lah ke ruangan rehatnya. Bersusun beberapa buah meja dan kerusi.  Ada TV... Di sini jugalah tempat untuk breakfast pagi nanti.







Gambar atas ialah husband & wife, owner houseboat ni.
Dorang ni not that friendly..
 lebih-lebih lagi tengok kita ni berhijab..hmm..

Gambar bawah ni pula ialah anak dorang. 
Geram tengok rambut anak lelaki dia.. curly curly one... 😉


Breakfast macam-macam hado...

Dapat kawan baru.. japanese










ni rice cooker yang kitorang bawak... heheeee...






Walau pun sempit, alhamdulillah dapat pengalaman stay dalam houseboat di Amsterdam ini...


Anda juga mungkin berminat dengan...




No comments:

Post a Comment

Sightseeing Tokyo, Japan

Sightseeing Tokyo, Japan April 2016 | Sightseeing Tokyo Trip backpack ke Jepun selama 11 hari. Sempat menjejaki Tokyo, Kawaguchi (Moun...