Tuesday, March 10, 2020

Pintasan Saloma (Saloma Link)

Pintasan Saloma (Saloma Link)


Saloma Link atau pun Pintasan Saloma, itu lah nama tempat yang ku lawati malam semalam..



Sebenarnya, dah banyak kali plan nak pergi.. tapi tak menjadi. So, malam semalam dah kasi jadi! Gitu lah.. 😄

Masa nak cari lorong masuk ke situ tu, berpusing-pusing jugak.. sebab katanya jalan sebelah Public Bank jalan Ampang. Jadinya, ingatkan dari depan KLCC tu, trafik light masuk kanan kat Jalan Yap Kwan Seng tu.. cari-cari lorong, tak ada. 

So, ku buat u-turn, trafik light masuk kanan. Then lepas tu buat u-turn lagi. Drive slow slow sebab memerhatikan lorong. Tiba-tiba nampak ada satu lorong sempit sebelah kiri sebelum bangunan public bank tu, try lah masuk. Ehh.. nampak pulak signboard Saloma Link.. yeayy dah betul.. terus parking di tempat parking yang disediakan, bayaran RM5.00 per entry hokeyyy..

Okey.. nak describe sikit..

Ada 2 jalan yang boleh dilalui untuk sampai ke Saloma Link ni iaitu samada dari Jalan Ampang atau pun Kampung Bharu... yang ku pergi ni ikut Jalan Ampang lah.. Kalau dari Kampung Bharu, kena naik tangga dan kalau dari Jalan Ampang, naik jambatan.. so, maknanya.. naik dari Kampung Bharu tu, kurang menarik ler..


eh ehh.. cantik pulak pokok pisang dengan jantung pisang ni sebagai hiasan di jambatan. Tapi kalau suasana gelap gelita, ohoiii... lariiiiii !  ðŸ˜€





kelihatan perkuburan di bawah tu.... Masa lalu di entrance tu, ada seorang guard melayu yang jaga, yang tak bestnya.. dia boleh buka radio, dengar lagu.. isshh.. respect lah sikit, itu tanah perkuburan kot..

Pintasan Saloma ni berbentuk sirih junjung dan akan bertukar-tukar warna.. kuning, hijau, biru, purple, pink dan merah..










Pintasan Saloma mula dibuka pada tahun 2020 dan merupakan laluan pejalan kaki bertingkat terpanjang tanpa tiang di Malaysia. Reka bentuk Pintasan Saloma diilhamkan dari gubahan tradisi Sirih Junjung yang simbolik kepada konsep perpaduan masyarakat Melayu.


Pintasan Saloma menjadi penghubung utama pejalan kaki di antara KLCC dan Kampung Bharu. Jarak keseluruhan Pintasan Saloma adalah 370 meter dan struktur utama Pintasan Saloma adalah laluan pejalan kaki bertingkat yang berbumbung sepanjang 69 meter merentasi Sungai Klang dan Lebuhraya AKLEH.






Pintasan Saloma telah menjadi salah satu struktur ikonik di Bandaraya Kuala Lumpur. Struktur bumbung besi yang melengkung dan dilitupi oleh 4,100 keping panel berbentuk berlian serta dilengkapi dengan impak seni pencahayaan bertema pada waktu malam menjadikannya unik. 


Orientasi pemasangan kemasan lantai di sepanjang laluan disusun mengikut arah kiblat bagi mewujudkan kesinambungan antara Pintasan Saloma dan kawasan Taman Perkuburan Islam Jalan Ampang.



So, sesiapa yang belum menjengah tu, 
sila-silakanlah..
😊


No comments:

Post a Comment

Sightseeing Tokyo, Japan

Sightseeing Tokyo, Japan April 2016 | Sightseeing Tokyo Trip backpack ke Jepun selama 11 hari. Sempat menjejaki Tokyo, Kawaguchi (Moun...