Saturday, March 28, 2020

Makam Abu Ayub Al-Ansari di Istanbul

Makam Abu Ayub Al-Ansari di Istanbul


Melawat makam sahabat Nabi iaitu Makam Abu Ayub Al-Ansari di Istanbul merupakan salah satu dari agenda lawatan trip kami. Tempat ni jarang sekali ada dalam itinerari lawatan yang disediakan oleh local ejen di Turki.

Masa aku sampai ke Makam Abu Ayub, terlampau ramai orang yang bersesak-sesak nak masuk ke dalam dan aku rasa tak berapa selesa, cepat-cepat aku keluar. 

Penulisan seterusnya dibawah ini, aku copy paste dari blog orang lain.. tapi gambar semua kepunyaanku..


Tentunya ramai yang tidak mengenali seorang sahabat Nabi S.A.W yang turut memainkan peranan yang penting dalam proses hijrah ini. Unta tunggangan Nabi S.A.W berhenti dikawasan yang di diami Abu Ayub Al-Ansari yang menjadi tempat tinggal pertama Nabi S.A.W di Kota Madinah. Abu Ayub Al-Ansari bukan sebarang orang Ansar. Beliau mempunyai pertalian darah dengan nabi dari sebelah ibu baginda. Jikalau anda ke Istanbul, maka anda wajib melawat ke makam Abu Ayub Al-Ansari!






Makam Abu Ayyub Al-Ansari terletak bersebelahan dengan masjidnya yang terletak di kawasan Eyup. Ia mengambil masa lebih kurang 5-10minit menaiki bas dari stesen bas jeti Kadikoy. 

Sekeliling kawasan agak sesak dengan pengunjung yang berpusu-pusu menziarahi makan. Perlu beratur dan bersesak sesak dengan warga tempatan untuk memasuki kompleks makam yang hanya dapat anda melaluinya (tak boleh berhenti berjalan sebab ramai sangat melawat). Terdapat beberapa orang warga emas yang bersungguh-sungguh membaca doa semasa ziarah.  




Di luar kawasan masjid terdapat sebuah dataran dimana penduduk tempatan mengambil kesempatan bersantai., ada air pancut di situ. Kawasan ini juga terdapat deretan kedai yang menjual barang-barang keperluan keagamaan seperti Al-Quran, tasbih, kopiah, telekung, tudung dan bermacam-macam lagi. Makam Abu Ayyub Al-Ansari adalah tempat yang paling tenang dirasai sepanjang berada di Turki.






No comments:

Post a Comment

Sightseeing Tokyo, Japan

Sightseeing Tokyo, Japan April 2016 | Sightseeing Tokyo Trip backpack ke Jepun selama 11 hari. Sempat menjejaki Tokyo, Kawaguchi (Moun...