India Backpack Trip 2016 - Kashmir
Masa naik flight nak ke Kashmir, kitorang semua excited giler.. membayangkan filem-filem hindustan.. hahahaa.. tak zabar nak tengok view yang sangat ohsem tu.. Walau pun ini trip kali kedua ku ke Kashmir, excited nya berbeza sebab kali ni pergi dengan kawan-kawan, so happy nya lebih ler... Kali pertama pergi dulu, bersama ibu ku dengan Poto Travel pada tahun 2008 rasanya.. kurang lah best nya.. hmm..
Di Kashmir, kitorang merasa tidur di houseboat di Tasik Dal 1 malam, tidur di Guesthouse bersama famili Kashmiri 2 malam dan juga 1 malam di Gulmarg Resort. Bermakna 5 hari 4 malam kitorang di Kashmir.
masa tu memang tak ada ambik tour guide pun, cuma kitorang sewa transport bersama driver jer. Driver tu pulak hensem youuuu.. tapi pemalu.. teruk dia kitorang usik.. maklum ler kitorang ni 9 orang perempuan buli dia sorang je lelaki.. tersipu-sipu dia... heheee...
Hari Pertama
Sampai ke Srinagar.. clear custom.. dah ada van menunggu di luar. Terus bawa untuk check-in kat houseboat. Tiba kat jeti dal lake.. dok posing-posing ler bergambor, tetiba mamat ni nak berkenalan pulak.. dia journalist... hurmmm.. Baca story lagi di SINI
lepas tu pergi shikara cruise sampai sunset..
Baca story kat SINI
kitorang ke Gulmarg pula, check-in kat Gulmarg Resort.. weehoooo... snow penuh kat depan resort tu...
lepas tu, pergi lah naik cable car ke atas. Siap pegi kat tempat ATV tu, deal dengan dorang, pagi esoknya suruh ambik kitorang kat resort untuk ride...
enjoy giler hoooiiii dengan aktiviti...
- naik sledge
- naik ATV (syok teramat)
Gulmarg Resort
Boleh baca full story di Gulmarg kat...
- Gulmarg 3- Gulmarg 4
Hari Ketiga
Dah puas dengan berbagai aktiviti di Gulmarg, kitorang pun check-out dan balik ke Srinagar. Sampai dah lewat petang, kali ini menginap di Guesthouse.
itu ler owner Guesthouse family nya..
nama dia dah lupa lah
masa tu dia ni masih single lagi lah.. heheee
Hari Keempat
Pagi selepas breakfast kitorang bertolak ke Pahalgam pulak.. Klik SINI untuk gambar-gambar pemandangan dalam perjalanan ke Pahalgam.
aku jatuh tergolek masa menunggang kuda di kawasan dabian (kawasan yang curam tu), time tengah mendaki bukit yang tinggi... ohoiiiiii... masa tu aku risau jer kalau kuda tu pulak menghempap ku.. kaki kuda tu ntah macam mana boleh tergeloceh, licin kot snow tu.. lepas tu, terus rasa fobia nak naik kuda!
Klik SINI untuk story di Pahalgam.
budak ni Hasan namanya...
dia bersama 2 orang lagi yang jaga grup kitorang
matanya hijau weiii! uisssshhh...
tiba kat Mini Switzerland, berasak-rasak
kitorang memanaskan tangan dan makan maggi panas,
sebab tengah sejuk giler time tu..
Dah puas naik kuda,
Balik ke Srinagar semula. klik SINI
Lepas lunch, pergi sightseeing
dan lepas tu gi shopping..
aku ni macam biasa lah..
pasti terjebak jugak... isshhh issshh 😅
Balik ke Srinagar semula. klik SINI
Lepas lunch, pergi sightseeing
dan lepas tu gi shopping..
aku ni macam biasa lah..
pasti terjebak jugak... isshhh issshh 😅
Baca SINI
Dah penat semua, kitorang pun
balik ler ke Guesthouse dan dinner di situ..
Lepas dinner... zzzzzzzzz...
Hospitality dorang.. terbaikkk...
Klik SINI
Hari Kelima
Lepas breakfast, kitorang check-out dan terus ke airport
Srinagar-Chandigarh
No comments:
Post a Comment