Sightseeing Volendam
Trip pertama kali ku ke Amsterdam pada tahun 2015.. well actually route ku.. KL-London-Amsterdam-KL. Masa tu MAS ada buat last minute offer.. bayangkan.. harga flight ticket dalam RM3K sahaja!
Wowww.. memang grab terus lah..
time tu pergi dengan cousin je, 2 orang.
So, bila dah sampai di Amsterdam, aku cari ler pakej untuk countryside tour bagi keesokan harinya sebab itu 1 day tour. Tapi itinerari nya dah tak ingat langsung dah.. ni cuma based on gambar yang ada dalam simpanan je. Masa tu memang aku tak snap banyak gambar pun.
Aku tengok banyak gambar di Volendam jer ni..
Rasa nak marah jugak dengan driver/local guide tu, yang baju putih. Dia tak suka muslim rasanya. Aku tanya soalan pun, dia tak pandang.. buat tak dengar jer. Bila beratur nak naik bas, aku yang dah beratur kat depan pun, boleh dia suruh orang belakang aku yang naik dulu.. menyirap rasa..
naik cruise dari sini...
local guide sedang bagi penerangan
leka tengok hiasan cantik di luar tingkap rumah locals...
dapat new friend, Daina from Jordan..
dia travel solo..
Kalau nak tengok banyak gambar di
Fishing Village ni, klik gambar bawah ni,
sebab banyak bergambar di situ masa pegi
kali kedua.. trip backpack
Singgah ke Cheese Factory.. klik gambar
Lepas tu, ke Clog Shoes Factory.. klik gambar
ini lah cousinku..
Sempat ambik gambar dalam studio
dengan tradisional costume dorang,
tapi tak de soft copy,
terpaksalah snap gambar balik dari gambar yang dapat.
No comments:
Post a Comment