Showing posts with label travel amsterdam. Show all posts
Showing posts with label travel amsterdam. Show all posts

Saturday, March 7, 2020

Giethoorn, Beautiful Village in Netherlands

Giethoorn, Beautiful Village in Netherlands



Percaya tak untuk sampai ke suatu perkampungan yang sangat cantik di Netherlands tu, kena sewa sampan atau pun naik shuttle boat aje sebab seluruh perkampungan tu tiada laluan kenderaan. 



Satu option lagi, menapak beberapa km ke dalam, selepas turun di bus stop.. macam saya, sambil kendung backpack 😊 Nasib baik bawa backpack kecik je, beg besar tinggalkan kat locker (sewa) di airport.


.
G I E T H O O R N
Itulah nama kampung atas air yang disebutkan tadi. Giethoorn juga digelar sebagai 'Venice of Netherlands'. Pemandangannya.. Mashaa Allah.. sangat cantik.. Saya hanya sempat stay 1 malam saja di kampung cantik ni semasa trip sebulan saya ke Europe 2 tahun lepas. 


Giethoorn adalah desa yang paling damai di Eropah kerana desa ini hanya dikelilingi oleh canal... tidak mempunyai jalanraya, tiada kenderaan bermotor yang lalu lalang yang merosakkan udara bersih. 

Pilihan yang ada untuk ronda-ronda kampung tu ialah dengan sewa boat atau pun gondola. Boleh juga sewa basikal di situ. Memang tak puas langsung rasanya. Perkampungan yang sangat cantik dan sangat tenang, mendamaikan. Inshaallah kalau ada rezeki, nak repeat lagi.

Giethoorn is a mostly car-free village in the northeastern Dutch province of Overijssel. It’s known for its boat-filled waterways, footpaths, bicycle trails and centuries-old thatched-roof houses. It borders a section of the Weerribben-Wieden National Park, a marshy area once popular for peat and reed harvesting. 

Giethoorn is a village in the Dutch province of Overijssel. It’s about an hour and a half drive from Amsterdam, and is known for being very pretty as it contains very few roads and much of the village can only be reached by foot or boat. There are many canals and bridges (more than 180 bridges) which only adds to its picturesque charm. Most of the houses and cottages have thatched roofs so it feels a little as if you have stepped back in time as you walk along the footpath by the canal admiring the pretty homes and perhaps stopping for lunch at one of the canal-side cafes or restaurants.
























How to reach Giethoorn?

Train & Bus: From Amsterdam Zuid/Centraal station, take a train to Steenwijk. There are direct trains available but if you find a connecting train via Zwolle, just hop in. It will take around 90 minutes for a one-way journey.

Once you reach Steenwijk, get out of the train station & reach the bus station next to it. Take the bus no. 70 & get down at Giethoorn village bus stop. This journey from Steenwijk to Giethoorn will take about 30 minutes.


Thursday, March 5, 2020

Houseboat di Amsterdam

Houseboat di Amsterdam


Tak sangka juga di tengah bandar Amsterdam ini, ada pelabuhan yang menempatkan houseboat. Letaknya berhadapan dengan bangunan Nemo. Kitorang sewa bilik di houseboat yang dinamakan 'Holland' ini untuk 2 malam. Mahal ooiii sewanya... 

Terdapat lebih kurang 2,500 houseboat di bandar Amsterdam. Houseboat yang kitorang sewa tu terletak di kawasan yang bernama Oosterdox.

Janganlah nak membayangkan keselesaan houseboat di situ besar ye... macam di Kashmir.. hahahaaa.. kerana biliknya, ibarat sekangkang kera, nak buka pintu pun ngam ngam jer, letak sebuah katil double decker je dah penuh bilik tu. Bukak pintu bilik air pun dah kena katil. Nak solat pun sangat susah, tak de space.. asik terantuk kepala dan terkial kaki jer...







Dari deck atas houseboat, buka pintu dan turun tangga ke bawah. Di sebelah kiri ini ialah corridor di hadapan bilik.





Amacam.. sempit kan?


Di sebelah kanan pula, turun tangga sikit, sampai lah ke ruangan rehatnya. Bersusun beberapa buah meja dan kerusi.  Ada TV... Di sini jugalah tempat untuk breakfast pagi nanti.







Gambar atas ialah husband & wife, owner houseboat ni.
Dorang ni not that friendly..
 lebih-lebih lagi tengok kita ni berhijab..hmm..

Gambar bawah ni pula ialah anak dorang. 
Geram tengok rambut anak lelaki dia.. curly curly one... 😉


Breakfast macam-macam hado...

Dapat kawan baru.. japanese










ni rice cooker yang kitorang bawak... heheeee...






Walau pun sempit, alhamdulillah dapat pengalaman stay dalam houseboat di Amsterdam ini...


Anda juga mungkin berminat dengan...




Sightseeing Tokyo, Japan

Sightseeing Tokyo, Japan April 2016 | Sightseeing Tokyo Trip backpack ke Jepun selama 11 hari. Sempat menjejaki Tokyo, Kawaguchi (Moun...