PulePayung di Jogja
17 Januari 2020 | Bukit Wisata PulePayung
PulePayung ini letaknya tidak jauh dari Kalibiru iaitu terletak di Kulon Progo, Yogyakarta. Tempat ini sangat saya rekomen untuk orang muda yang nak dapatkan foto-foto unik sebab di situ ada banyak spot menarik untuk di foto kan.
PulePayung ini dibuka pada pukul
8 pagi sehingga pukul 4 petang.
Ini adalah salah satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan jika ke Jogja.
Penuh betul aktiviti lasak hari ni. Dari subuh dah ke Gunung Merapi... petang ke sini pulak..
Jalannya pula memang sempit untuk sampai ke puncak. Kereta biasa memang tak boleh lalu jalan tu. Harus sewa jeep untuk naik ke atas. Perjalanan dengan jeep tu lama jugak, rasanya dalam 20 minit kalau tak silap... memanjat bukit.
hahahaa.. bengong kitorang masa tu sebab tak
di explain betul-betul...
Macam ni lah sebenarnya naik tangga sikit untuk naik buaian tu...
tapi dalam gambar, fotografer tu ambik cun.. macam betul-betul tinggi..
hehehee.. tipah tertipu..
Ada brani?
Ramai yang tak berani naik basikal tergantung ni...
dah..jom keluar...
Ada satu lagi lokasi yang ada spot cantik untuk bergambar, iaitu Kalibiru..
No comments:
Post a Comment