Pantai Timang di Jogjakarta
18 Jan 2020 | Pantai Timang / Timang Beach
Pantai Timang ini terletak di perkampungan Porwadadi, yang tembus Gunung Kidul. Perjalanan dari bandar Jogja ke situ mengambil masa dalam 2.5 jam.
Untuk sampai ke pantai nya pula, harus naik jeep lagi, perjalanannya yang 'sangat adventure' dalam 20 minit. Ianya begitu menguji ketahanan mental dan fizikal. Jalan batuan yang keras dan tajam dari serpihan karang membuatkan kita akan terlambung-lambung dalam jeep. Siapa yang sakit pinggang tu.. haaa.. siap ler 😂
Pemandangan di Pantai Timang ini adalah sangat unik sebab di pantai ini ada sebuah pulau pula yang bernama Pulau Timang.
Pulau ini tidak seperti kebiasaan pulau kerana pulau ini adalah terbina dari bongkahan batu karang dan ianya amat tajam. Perlu sangat berhati-hati apabila berjalan di atasnya. Tebing pulau ini juga sangat curam.
Timang beach is a beach attraction is a region at the boundary between the sea and the land that is located in Gunungkidul, Yogyakarta, Indonesia. Timang beach is one beach in Yogyakarta, the sand is white. Timang Beach lies between Siung and Sundak beach in Gunungkidul.
Ada 2 cara untuk sampai ke Pulau Timang ini, iaitu samada dengan menaiki Gondola atau pun menyeberang jambatan gantung. Naik Gondola harga tiketya ialah Rp.200,000 manakala naik jambatan gantung pula ialah Rp.100,000 .
Mana lagi seram?
Sebenarnya dua-dua seram...heheeee...
lebih-lebih lagi kalau pergi waktu petang, bunyi air pantai nya yang lebih mengganas serta angin sangat kuat...
eksotisjogja.com
alhamdulillah..ada tempat berteduh kejap...
dah puas di pantai timang?
jom kita makan lobster pulak....
No comments:
Post a Comment