JOGJA
Kebiasaannya, pelancong akan datang ke situ selama 4 hari 3 malam atau pun kalau tak nak penat sangat, boleh ler spend 5 hari 4 malam.
Pelancong Malaysia yang gemar untuk melakukan berbagai aktiviti, juga aktiviti lasak... apa omputih kata 'Adventurous' gituuu.. akan berminat untuk datang ke situ.
Antara aktiviti lasak yang korang boleh lakukan di sana adalah...
- Gunung Merapi Jeep tour
- Naik jeep dan Gondola di Pantai Timang
- Oya rafting di Gua Pindul
- Kalibiru
- Naik jeep untuk berposing di tempat gayat di Pule Payong
Selain dari aktiviti lasak, beberapa tempat ini juga menjadi tumpuan bagi pelancong iaitu..
- Hutan Pinus Asri
- Hutan Pinus Pengger
- Rumah Hobbit
- Panguk Kediwung
- Tebing Breksi
Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangunkan pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra.
Selain itu ada 2 temple lagi yang selalu dilawati oleh pelancong jika datang ke Jogja iaitu..
- Plaosan
- Prambanan
Malioboro pula merupakan urat nadi Yogyakarta dan sentiasa dibanjiri oleh pelancong serta orang tempatan. Shopping kat sini pun murah.
ok lah, nanti saya akan sharekan gambar-gambar menarik di setiap destinasi di atas pada post post yang akan datang. Harap korang akan suka ye.
Bye!
No comments:
Post a Comment