Showing posts with label tempat menarik di jogja. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik di jogja. Show all posts

Wednesday, February 19, 2020

Percutian Menarik di Jogjakarta

Percutian Menarik di Jogjakarta



Berbagai Tempat Percutian Menarik


Salah satu destinasi menarik untuk percutian di Indonesia adalah Jogja atau pun Jogkarta. Bercuti di Jogja lebih menjadi pilihan bagi orang muda kerana banyak aktiviti yang adventure di situ. 



Tetapi, saya tidak berapa menggalakkan membawa orang-orang tua yang sakit kaki dan dah kurang tenaganya kerana tempat-tempat lawatan memerlukan banyak berjalan kaki dan hiking.

Selalunya saya akan pilih flight awal pagi sebab tidak mahu membazir masa. Jadi sampai di Jogja pun awal dan boleh terus dengan agenda lawatan selepas mengisi perut.. 😆



Agenda hari pertama selalunya melawat ke candi, samada ke Plaosan Temple atau pun Prambanan Temple. Pilihan lawatan ke salah satu candi saja sebab kawasannya sangat besar dan cuaca pula sangat panas, tiada tempat untuk berteduh panas mentari.



Seterusnya, akan ke Tebing Breksi pula. Di situ juga kita akan berpanas lit lit lagi... huhuuu... Di sebelah malam lepas dinner, bolehlah pergi shopping atau pun window shopping dulu di Malioboro street. Kalau tak nak shopping, boleh ler naik kereta kuda...

Dah penat shopping balik ke hotel, kena lah tidur awal malam tu tau sebab esok paginya (hari ke 2) nak kena bangun sangat awal.. seawal pukul 3.30 pagi sebab nak kejar sunrise dalam Gunung Merapi Tour. hmmm.. ada sanggup? heheee... Dalam Merapi tour ni, kita jugak akan dibawa ke Bunker Kaliadem dan juga Museum Merapi untuk melihat kesan-kesan peninggalan akibat letusan gunung berapi.



Pada sebelah petang, kita melawat pula satu lagi tempat untuk aktiviti adventure, iaitu PulePayung dan kalau sempat boleh juga ke Kalibiru.   



Dua tempat aktiviti lasak tu dah cukup memenatkan. Tika sampai kembali ke hotel pun dah agak lewat malam. Sure terbungkang tidur. Saya nampak katil je terus rebahkan diri, tak sedar apa. Nasib baik sedar dalam pukul 2 pagi, bangun solat dan sambung tidur balik...

So hari ke 3, kita bolehlah keluar lambat sikit..
Melawat ke candi buddha yang terkenal di Jogja juga merupakan yang terbesar di dunia iaitu candi Borobudur.
Candi ini sangat besar, kalau berjalan kaki masuk dari entrance nak sampai ke tangga naik ke atas tu, sangat penat.. apa tah lagi di bawah terik matahari. Korang boleh juga kalau nak baik kereta kuda ke dalam tu. Jadi, jangan lupa bawa topi atau payung... atau pun boleh beli aje kat kawasan parking tu.. akan ada menderu penjual topi ni sebaik kita turun dari van... heheeee..


Sebelah malam, boleh lah repeat kalau nak pegi ke Malioboro street lagi. Lepas tu balik awal dan tidur awal tau sebab esok nya pula akan ke 2 aktiviti adventure lagi.. iaitu ke Pantai Timang dengan naik gondola di sebelah pagi (korang boleh juga tengok post saya di Pantai Timang tahun 2018)  dan selepas lunch makan lobster murah, kita teruskan pula ke Oya Rafting di Goa Pindul  di sebelah petang. best oooiiiii main air...hahaaaa...
walaupun 2 aktiviti ni sangat memenatkan, tapi sangat happening dan best! 
Balik, mesti terbongkang jugak tidur!!! 😅😊😃


Next tempat-tempat menarik lain untuk dilawati dan spot bergambar cantik ialah Hutan Pinus Asri, Hutan Pinus Pengger, juga tempat yang ada buaian bertingkat, Bukit Mojo, Rumah Hobbit, 

Saya sempat juga merasa sejenis makanan yang popular di Jogja iaitu Thiwul Gula Jawa, juga bakso.  Saya pernah juga makan Ayam Penyet di Jogja ini, sedap juga rasanya... 

Oh ye..ada juga dibawa ke restoran yang menyajikan berbagai jenis sambal yang sangat pedas, lupa plak nama restoran tu. Sayang sekali, saya tak ada ambil gambar sebab masa tu cuaca sangat panas dan kepala pun dah jadi macam pasir berdengung...😁

ehh.. ada satu lagi nak share..
pasal ole-ole yang selalu dibawa pulang oleh pelancong yang datang bercuti ke Jogja ni. Bakpia, itu lah nama kuih yang femes di sini.

ok lah, rasanya.. dah banyak yang saya share kan dah tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Jogja ni bagi percutian anda yang berbaloi-baloi.

    ....Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
                   Happy Holiday!

Rumah Hobbit, Jogja

Rumah Hobbit, Jogja


Nama sebenar tempat Rumah Hobbit ini ialah Seribu Batu Songgo Langit, tetapi lebih dikenali sebagai Rumah Hobbit. 

Lokasi Rumah Hobbit ini terletak tidak jauh dari Hutan Pinus. Perjalanan dari bandar Jogja ke sini lebih kurang 45 minit sahaja.

Rumah Hobbit ini telah dibuka pada tahun 2017 dan merupakan antara lokasi feveret pelancong untuk berfoto.

Saya hanya sempat singgah di sini sekejap saja tika itu (2017) dan tak banyak foto yang diambil.











Bukit Mojo Gumelem, Jogja

Bukit Mojo Gumelem, Jogja


Bukit Mojo merupakan salah satu lagi tempat menarik untuk dilawati jika bercuti ke Jogja. Lokasi ini saya lawati pada tahun 2017 dulu. Ada beberapa spot menarik untuk berposing..

Tapi sekarang ni, dah banyak lokasi-lokasi yang baru dibuka untuk menarik pelancung ke Jogja.

Bukit Mojo yang terletak di Dusun Gumelem, Desa Mangunan, Dlingo, Bantul, Yogyakarta ini merupakan spot menarik untuk menikmati pemandangan. Ianya adalah tempat terbaik untuk menikmati sunset di Jogja. Bukit Mojo ini telah dibuka pada tahun 2016.

















Antara Tempat Menarik Yang Lain di Jogja...


Friday, February 14, 2020

Oya Rafting Goa Pindul, Jogja 2017

Oya Rafting Goa Pindul, Jogja 2017

September 2017 | Pertama kali ku experience Oya Rafting ni..sangatlah syoknya...










 





 


 






















Dah malas nak explain lagi sebab ku dah explain tentang Oya Rafting ni dalam post 
Oya Rafting Goa Pindul 2020.




Sightseeing Tokyo, Japan

Sightseeing Tokyo, Japan April 2016 | Sightseeing Tokyo Trip backpack ke Jepun selama 11 hari. Sempat menjejaki Tokyo, Kawaguchi (Moun...