Percutian Menarik di Jogjakarta
Berbagai Tempat Percutian Menarik
Salah satu destinasi menarik untuk percutian di Indonesia adalah Jogja atau pun Jogkarta. Bercuti di Jogja lebih menjadi pilihan bagi orang muda kerana banyak aktiviti yang adventure di situ.
Selalunya saya akan pilih flight awal pagi sebab tidak mahu membazir masa. Jadi sampai di Jogja pun awal dan boleh terus dengan agenda lawatan selepas mengisi perut.. 😆
Dah penat shopping balik ke hotel, kena lah tidur awal malam tu tau sebab esok paginya (hari ke 2) nak kena bangun sangat awal.. seawal pukul 3.30 pagi sebab nak kejar sunrise dalam Gunung Merapi Tour. hmmm.. ada sanggup? heheee... Dalam Merapi tour ni, kita jugak akan dibawa ke Bunker Kaliadem dan juga Museum Merapi untuk melihat kesan-kesan peninggalan akibat letusan gunung berapi.
So hari ke 3, kita bolehlah keluar lambat sikit..
Melawat ke candi buddha yang terkenal di Jogja juga merupakan yang terbesar di dunia iaitu candi Borobudur.
Candi ini sangat besar, kalau berjalan kaki masuk dari entrance nak sampai ke tangga naik ke atas tu, sangat penat.. apa tah lagi di bawah terik matahari. Korang boleh juga kalau nak baik kereta kuda ke dalam tu. Jadi, jangan lupa bawa topi atau payung... atau pun boleh beli aje kat kawasan parking tu.. akan ada menderu penjual topi ni sebaik kita turun dari van... heheeee..
walaupun 2 aktiviti ni sangat memenatkan, tapi sangat happening dan best!
Balik, mesti terbongkang jugak tidur!!! 😅😊😃
Saya sempat juga merasa sejenis makanan yang popular di Jogja iaitu Thiwul Gula Jawa, juga bakso. Saya pernah juga makan Ayam Penyet di Jogja ini, sedap juga rasanya...
Oh ye..ada juga dibawa ke restoran yang menyajikan berbagai jenis sambal yang sangat pedas, lupa plak nama restoran tu. Sayang sekali, saya tak ada ambil gambar sebab masa tu cuaca sangat panas dan kepala pun dah jadi macam pasir berdengung...😁
ehh.. ada satu lagi nak share..
pasal ole-ole yang selalu dibawa pulang oleh pelancong yang datang bercuti ke Jogja ni. Bakpia, itu lah nama kuih yang femes di sini.
ok lah, rasanya.. dah banyak yang saya share kan dah tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Jogja ni bagi percutian anda yang berbaloi-baloi.
....Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Happy Holiday!
No comments:
Post a Comment