Sambal Daging Pekasam Salai
Sambal Daging Pekasam Salai ni memang sedap tau sebab terasa pedas nya.. tak yah lauk lain lagi dah.. laju jer nyuap... "Sekali Rasa, Jatuh Cinta"...heheee..
ok nak cerita sikit, macam mana benda ni boleh ada dalam freezer ku.
Masa trip backpack ke Greece-Morocco-Spain hujung tahun lepas... ada 2 orang geng kitorang yang datang lambat sikit, berjumpa di Morocco terus. So, kitorang yang dah hampir 10 hari di Greece masa tu decide untuk order lagi makanan ni, dengan harapan sempat ler geng kitorang tu bawak ke sana.
Alih-alih.. tiba hari yang dorang dah nak bertolak pun, belum sampai lagi order tu. Jadinya, melopong je lah.. makanan tu sampai 2 hari lepas geng dah fly.. huhuu.. jawabnya memang makan kat rumah je lah ni..
Selain dari itu, antara lauk peberet ku untuk bekalan ketika berbackpack ialah Sambal Sotong Kering brand Sharifah ni, memang sedap.
Rasanya sekarang ni, makanan yang brand Brahim macam dah tak boleh nak telan lagi dah.. hahahaaa.. nak tau sebab apa?
...hmmmm..sebab nya.. masa trip backpack sebulan ke europe tahun 2018 tu, aku bawak bekal terlampau banyak makanan Brahim ni.. Bayangkanlah... aku siap gi borong kat kilang Brahim tu betul.. uisshhh...
kat Europe, dah rasa loya pulak nak makan.. hahahahaa... lagi pun, memang tak berapa nak sedap...😕 Sampaikan trip dah nak habis, Brahim banyak lagi.. last-last bawak balik Malaysia... masak.. modify.. hahahahaa
Mashed potato ni pun ok jugak lah...
😊