Thursday, February 6, 2020

Tebing Breksi, Jogjakarta

Tebing Breksi


Tebing Breksi merupakan endapan abu volkanik dari gunung berapi purba Nglanggeran Gunung Kidul. Kini ianya telah menjadi salah satu tempat menarik untuk dilawati jika ke Jogja.

Panas lit lit betul hari ni. Kat sini tak ada tempat berteduh langsung.. dah lah tadi pun dorang dah berpanas sakan kat Plaosan Temple..

Sebelum naik tangga ke atas, kita akan disambut oleh seekor burung hantu.. suka nengok bulu matanya.. hihii..







comel sangat... 
geram tengok bulu mata nya...




Di atas tu, tak ada apa sangat.. just macam look-out point aje untuk pemandangan di persekitaran kawasan tu..

Pemandangan dari tingkat atas...

Inilah pemandangan dari hadapan Tebing Breksi...


Plaosan Temple di Jogjakarta

Plaosan Temple


Candi Plaosan di Jogja, juga dikenali sebagai Kompleks Plaosan. Ianya adalah salah satu dari Buddhist temples yang terletak dalam daerah Prambanan di Jawa Tengah.

Candi ini telah mengalami keruntuhan suatu waktu dulu dan hingga ke hari ini dorang masih menggali mencari batu bata untuk dicantumkan balik.

Mesti korang tertanya kenapa gambar ku tak de dalam tu kan? hahahahh.. sebenarnya sebab panas lit lit tu, ku tak mampu nak keluar dari van... Ku biarkan je lah dorang gi berposing sakan..😊












Ke mana pulak selepas ni?
Tungguuuu....

Bale Bengong, Restoran Sedap di Jogja

Bale Bengong


16 Jan 2020 | yeayyyy makan time...

Kami lunch dulu ye, jangan Bengong Bengong.. hahahaaa..😊 Lepas landed kat airport tadi, semua laporrrr..

Bale Bengong..
...maksudnya..."Bilik Lepak"

Pertama kali ku datang Jogja dulu, nak tergelak tengok nama restoran ni. Memang bingung aku jadinya..

Enak sekali masakannya di sini dan tak kedekut pun, 
per servingnya banyak, boleh 2 orang makan tau...









sedap air ni.. ada letak sebatang serai untuk mengacau air..



Cantik hiasan depan restoran ni...





Di bawah ni pula ialah ketika trip ku tahun 2017...









bilik solat..




Dah kenyang...
Ke mana pulak lepas ni?
😊

Bercuti ke Jogja

Bercuti ke JOGJA 


16 Jan 2020 | Alhamdulillah, dah sampai Jogja..

Kali ini, aku pergi berlapan..
Flight pukul 7 pagi...
so memang aku bermalam di epot je lah kan...








Turun flight je dorang dah lapor... pada hal dalam flight dah ambik meal.. heheee..
so apa lagi.. 
seterusnya misi mengisi perut ler jawabnya..
               Cari makan... Jommmmm...



Wednesday, February 5, 2020

Jogja Trip Adventure

JOGJA


Jogjakarta atau pun Yogyakarta adalah salah satu destinasi yang popular di negara jiran kita, Indonesia. 

Kebiasaannya, pelancong akan datang ke situ selama 4 hari 3 malam atau pun kalau tak nak penat sangat, boleh ler spend 5 hari 4 malam.

Pelancong Malaysia yang gemar untuk melakukan berbagai aktiviti, juga aktiviti lasak... apa omputih kata 'Adventurous' gituuu.. akan berminat untuk datang ke situ.

Antara aktiviti lasak yang korang boleh lakukan di sana adalah...

  • Gunung Merapi Jeep tour
  • Naik jeep dan Gondola di Pantai Timang
  • Oya rafting di Gua Pindul
  • Kalibiru
  • Naik jeep untuk berposing di tempat gayat di Pule Payong

Selain dari aktiviti lasak, beberapa tempat ini juga menjadi tumpuan bagi pelancong iaitu..

  • Hutan Pinus Asri
  • Hutan Pinus Pengger
  • Rumah Hobbit
  • Panguk Kediwung
  • Tebing Breksi

Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangunkan pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra. 
Selain itu ada 2 temple lagi yang selalu dilawati oleh pelancong jika datang ke Jogja iaitu.. 

Malioboro pula merupakan urat nadi Yogyakarta dan sentiasa dibanjiri oleh pelancong serta orang tempatan. Shopping kat sini pun murah.

ok lah, nanti saya akan sharekan gambar-gambar menarik di setiap destinasi di atas pada post post yang akan datang. Harap korang akan suka ye.
                                                 Bye!




Salam 2020

Salam 2020

  wahhhh.. dah tahun 2020 gituuuu...

Hola!

ehh..prasan Spanish plak kita.. heheee..
Sebenornya dah terlupa terus pasal blog baru buat ni. Tetiba je hari ni godek-godek blogspot, ternampak blog ni... kesian.. blog gersang ku ini..

ok lah.. lepas ni, akan ku cuba untuk memenuhkan sharing gambar-gambar travel ye.. di sepanjang pengembaraan ku ke beberapa negara. 

Setakat ini, Alhamdulillah diberi rezeki mengembara ke bumi Turki, Egypt, Iran, Kazakhstan, Netherlands, London, Switzerland, Paris, Austria, Spain, Italy, German, Greece, Norway, Sweden, Morocco, Australia, New Zealand, Jepun, India/Kashmir, China, South Korea, Cambodia, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia.

Rasanya, elok lah ku mulakan dengan trip-trip yang dekat dulu... ke negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand...



Sightseeing Tokyo, Japan

Sightseeing Tokyo, Japan April 2016 | Sightseeing Tokyo Trip backpack ke Jepun selama 11 hari. Sempat menjejaki Tokyo, Kawaguchi (Moun...