Showing posts with label indochina trip. Show all posts
Showing posts with label indochina trip. Show all posts

Thursday, February 20, 2020

Trip Indochina - Cable Car di Tianmen Mountain

Cable Car di Tianmen Mountain


2015  |  Cable Car Tianmen Mountain


Keluar dari Bailong Elevator tadi, terus nampak Cable Car.. Subhanallah.. indahnya pemandangan dari puncak ni..

Cable Car di Tianmen Mountain ni merupakan ..
The World's Longest Cable Car Ride up to the Mountain Top. The last part of the cableway is very steep, going up at 37 degrees over sheer cliffs to one of the mountain peaks. Panjangnya lebih kurang 7.5 km dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Wahhh..dah lah naik Bailong Elevator tadi pun, yang tertinggi di dunia! hebat...











Dari situ, kitorang teruskan perjalanan sampai ke hanging cliff. Panjang cliff hanging di walkway ni ialah lebih kurang 1.6 km dan 1,400m ketinggian, mengambil masa selama satu stengah jam untuk merentasinya. Di penghujungnya walkway, ada hanging bridge linking two peaks.






Lepas ni jom redah ke Skyglass bridge pulak...


Trip Indochina - Bailong Elevator, Tianmen Mountain

Bailong Elevator, Tianmen Mountain


2015  |  Bailong Elevator

Apabila dah sampai ke puncak Tianmen Mountain, Doors of Heaven.. cabaran diteruskan lagi...

Untuk sampai ke tempat elevator tu pulak, dah lah letih.. kena panjat bukit yang agak tinggi jugak lagi... dah terasa bagai ku merangkak je dah.. huhuuu..


Bailong Elevator ini disenaraikan di dalam World Guiness Book Records sebagai lif yang tertinggi di dunia. Memang tinggi betul tu. Seingat saya, ada lebih dari 6 tingkat elevator, setiap tingkat ada 2 elevator dan setiap satu elevator memang sangat tinggi. Agak seram dan sayup memandang ke bawah.






Keluar dari elevator tu, dah hampir ke stesen cable car. Kalau tak silap lah..(lupa dah ni) kena queue sikit ke tempat cable car tu.




Jom, next entry...

Trip Indochina - Tianmen Mountain, China

Tianmen Mountain, China


2015 | Tianmen Mountain  (World Heritage)


Kalau pergi ke sini, memang kena bawak makanan sendiri... makanan halal nan hado di situ. So, kita breakfast ler dalam bilik hostel jer.. 


Lepas tu baru kitorang kluar tunggu bas nak ke Tianmen Mountain. Di sini yang susahnya ialah masalah komunikasi... so, kitorang terpaksa lah ambik sorang guide ke sana.


posing kat balcony sebelum keluar

view depan pintu keluar hostel

background tu lah Tianmen Mountain


tengah tunggu bas nak ke entrance Tianmen Mountain



Nak tahu bagaimana untuk sampai ke atas Tianmen Mountain itu?

haaa... untuk sampai ke kaki gunung ini, harus menaiki shuttle van yang disediakan dari gate entrance nya. Tinggi juga bukit yang harus diredah ketika naik van yang dipandu agak laju ini. Jalannya sangat berlekok. Bayangkan harus mengharungi 99 sharp bends !

99 sharp bends

Kami memang disuruh ikat tali pinggang ketat-ketat dan pegang handle kuat-kuat. Ada yang menjerit-jerit dalam van tu sebab takut. Kadang-kadang, tercampak jugak ku ni ke sebelah, walau pun badan tu berat. Heart beat ku memang laju giler tika itu 😅







Ok, bila dah sampai di kaki gunung, legaaaa....
Tapi, tak habis thrill lagi.. untuk sampai ke puncak gunung Tianmen, ada 2 option, samada memanjat 1,000 anak tangga (to be exact.. 999 anak tangga) atau pun boleh naik cable car. Apa kelas naik cable car.. tak adventure lah kan? heheeeee.. Maka, kami pun mulalah acara memanjat tangga...



Banyak kali juga ku berhenti, untuk melepaskan lelah, tapi jangan pandang belakangggg.. hohoiiii... sayup tu! Walau pun sangat penat, ku tetap kuatkan semangat bila lihat pengunjung yang dah sangat berusia dari Jepun dan China, mampu memanjatnya. Takkanlah aku yang muda sikit je dari dorang tu tak mampu buat kan? hahahaaa.. 😀







"He who fails to climb need not have come to Zhangjiajie" .. itu ialah Tagline Tianmen Mountain agaknya yang aku nampak tergantung di dinding ketika sampai ke tempat cable car. Hiking on 999 stairs to Heaven Gate Tianmen's Eye! Wahhh.. bangga lah jadinya sebab dah climb 😊


Tianmen Cave ini dikenali sebagai Door Of Heaven kerana kedudukan pintu gua nya yang terletak di antara dua gunung. 'Heaven Door' and the 'Stairway to Heaven'. Height: 1,519 meters (4,983 feet)

Door of Heaven, Tianmen Cave

deretan kunci mangga (padlock)


Tianmen Mountain World Heritage Network merupakan gunung yang tercantik di dunia. Aku dan  travel partner ku merasa sangat bangga dapat memanjat ke atas situ dan mengibarkan bendera Malaysia pula di situ...


sehinggakan ada grup dari negara lain yang sama sibuk meramaikan yang kami cuma berdua itu. Sambil nak bergambar tu, ku suruh dorang tu jerit 'Malaysia Boleh!' heheee..


Seronok betul depa naaaaa...



Sightseeing Tokyo, Japan

Sightseeing Tokyo, Japan April 2016 | Sightseeing Tokyo Trip backpack ke Jepun selama 11 hari. Sempat menjejaki Tokyo, Kawaguchi (Moun...