Sightseeing Tokyo, Japan
April 2016 | Sightseeing Tokyo
Trip backpack ke Jepun selama 11 hari.
Sempat menjejaki Tokyo, Kawaguchi (Mount Fuji), Kyoto, Osaka, Kobe dan Nara.
Sebetulnya aku dah tak berapa ingat camana nak story tentang trip ke Jepun ni disebabkan dah terlalu lama, tahun 2016 tu dan masa tu tak dan pun nak buat nota-nota disebabkan trip tu sangat pack, maklum ler backpackers kata kan.. sibuk mengejar public transport dan menapak ke hostel.. heheee.. Lagi satu sebab, hmmm.. selepas ke Jepun, banyak sangat dah trip ke negara lain. Itulah sebenornya...
Disebabkan fb memori banyak keluarkan gambar-gambar trip ke Jepun ni sekarang, maka aku pun ambik ler kesempatan untuk post kat blog ni, sambil refer refer jugak dari blog lama ku.
Selepas check-in hostel, terus keluar sightseeing Tokyo. Mula-mula sekali nak ke Ueno Park, cherry blossom spot tu. Tak sabar nak tengok bunga Sakura, maklumlah... misi sebenar ke Jepun ni ialah untuk menjejaki bunga Sakura sebab masanya berkembang sangat terhad, iaitu cuma dalam 2 minggu je dalam setahun.
On the way ke subway, singgah ke Mart beli cafe latte dan sushi buat bekalan nak berhanami nanti.
Tak sabar nak tengok bunga Sakura. So kitorang terjah ke Ueno Park dan Sumida Park on... sila klik SINI untuk gambar-gambar bunga sakura di tempat tu..
Dah puas menggomol-gomol bunga sakura di Ueno Park tu, terasa laparlah pulak. Terus ke Asakusa nak isi perut, cari restoran halal.... kena melalui Asakusa Nakamise shopping street ni dulu... hmmm.. sempat shopping souvenir dulu lerrr.. heheee..
Jumpa pula kedai yang jual barangan Ninja...
rupanya ni Ninja area... don't play play.. 😅
Lepas tu singgah kejap kat temple ni, tapi tak ingat dah namanya.
Teringin jugak nak pakai kimono tu, tapiiii.. kat sini pesennya kena sewa 1 hari.. bawak berjalan.. hmmm.. tak laratlah pulak nak berjalan seharian dengan pakai kimono tu.. huhuuu..
Lepas menapak jauh tu, baru lah nampak restoran halal.. Restoran Naritaya namanya, aku order set Chicken Bowl Special yang harganya JPY1,000
Dah kenyang perut, kitorang jalan-jalan lagi untuk menikmati keindahan bangunan yang dikelilingi oleh rimbunan bunga sakura yang sangat cantik.. segar mata memandang.
Sampai di Tokyo Cruise, jangan harap lah dapat naik... Tengok je lah tuuuu.. beratur panjang nampak.. huhuuu... melepaslah nak naik cruise..
Lepas ni jom berhanami ke Sumida Park pulak.
Melalui Azumabashi bridge untuk sampai ke Sumida City.
klik SINI untuk gambar-gambar berhanami...
Dah puas rasa berhanami di Sumida Park, kitorang ke subway untuk ke Shinbuyo pulak. Kena naik train... ohoiiii.. 19 station tuuuu.. hmmm lamanya.. memang kitorang semua lepak tidur dalam train lah jawabnya... hahahaa.. nasib baik dapat seat.
Shibuya Crossing
Di sinilah tempatnya yang the busiest crossing road. Memang sangat pening tengok keadaan kat sini... beratus manusia yang nak cross jalan dalam satu masa.. phewwww...
nak dapatkan view Shibuya Crossing ni,
kitorang masuk ke dalam Starbuck dan naik ke tingkat atas. Penuh sesak dalam ni..
Dinner time..
kitorang makan Udon..
Keesokan pagi nya pula, aku ke Hard Rock Cafe Tokyo. Memandangkan member yang lain tak berminat dengan HRC, maka aku pergi ler sorang-sorang. Puas jugak mencari HRC tu. Tengok map, jumpa dah tempat tapi bangunannya tak nampak pun.
Pelik jugak, tanya orang-orang kat situ semua tak tahu macam blurrr jer. Lepas tanya 5-6 orang, last sekali ada sorang tu baik hati tolong bawakkan ke HRC. Rupanya kena masuk lorong-lorong sebab bangunannya terpencil sikit. Lepas tu, shopping... jangan tak shopping..
Next... ke Roppongi Hills
Aku terus jumpa dengan member yang lain di situ. Tujuan kitorang ke situ ialah untuk melawat ke Asahi TV
Cantiknya bunga tulips yang kembang mekar di situ...
TV Asahi ini ialah di mana penggambaran siri cerita Doremon... comel kan?
Dari atas ni boleh nampak taman di sebelah, yang cantik dipenuhi dengan bunga sakura. Since dah penat berjalan, kitorang pun berhanami lah di situ pulak hingga ke malam, dapat menyaksikan keindahan bunga sakura disinari lampu-lampu hiasan.. sungguh indah sekali..
Dinner time...
malam ni makan Ramen di Restoran Ippin.
hurmmm.. Upinnya dah hilang, tinggal Ippin jer... hahahaa..
Disyorkan ramen tu dicampurkan dengan yuzu pepper kalau nak sedap sebab ianya pedas.
Lepas makan sebelum balik ke hostel, sempat singgah kejap dekat Sumida Park.. nak tengok view waktu malam yang sangat cantik pemandangannya dengan lampu-lampu neon tu. Jelas kelihatan Tokyo Skytree, tower yang tertinggi di dunia pada tahun 2011 dulu.
Cantik kan gambar kitorang yang dibawah bungkahan bunga Sakura di tepi Sumida river ni?
Cuma yang tak berapa best nya malam kat situ... ramai orang muda yang tonggang air mabuk tu..
Esok awal pagi, kitorang akan naik bas... meneruskan perjalanan ke next destination pula iaitu Kawaguchi, untuk ke Mount Fuji...